Print

Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Pertandingan Peringkat Antarabangsa Kali Pertama

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama diadakan pada 22 Ramadhan 1380 bersamaan 9 Mac 1961. Hasrat dan cita-cita untuk mengadakan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ini telah diluahkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj semasa majlis penutup Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Pertama.

Pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia (Malaya pada ketika itu) ialah majlis tilawah yang julung-julung kalinya dianjurkan di dunia. Belum ada negara yang menganjurkan majlis seumpama ini sebelumnya. Dalam majlis kali pertama ini, sebanyak tujuh buah negara dengan 13 orang peserta telah mengambil bahagian. Negara yang menyertai majlis kali pertama ini adalah seperti berikut :

  • Singapura
  • Brunei DS
  • Thailand
  • Sarawak
  • Indonesia
  • Filipina
  • Malaya

Ketika Majlis Perasmian Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama, YTM Tunku abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri sedang menghadiri Persidangan Menteri Negara-negara Komanwel di London. Oleh yang demikian YAB Tun Abdul RAzak, timbalan Perdana Menteri ketika itu mengambil tempat beliau mengalu-alukan kedatangan kumpulan pertama qari yang menyertai majlis ini. Dalam ucapannya, YAB Tun Abdul Razak telah menyebutkan bahawa Kerajaan Malaya terus menggalakkan rakyatnya membaca al-Quran. Kursus-kursus mempelajari dan menghafaz al-Quran juga diadakan. Masjid Negara yang sedang dibina ketika itu akan dijadikan pusat untuk tujuan tersebut.

Johan Qari dan Qariah

Sejak mula diperkenalkan, peserta negara Malaysia telah mengungguli kejuaraan majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa ini. Di bahagian qari peserta Malaysia telah memenanginya sebanyak 27 kali, manakala di bahagian qariah sebanyak 33 kali.

Penyertaan

Penyertaan majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa pada awalnya dibuka kepada Negara-negara asia Tenggara sahaja. Namun begitu Negara-negara di luar Asia Tenggara menyatakan hasrat ingin mengambil bahagian.

1381H

1962M

YTm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah menyatakan dukacitanya kerana belum lagi dapat memenugi hajat beberapa buah Negara Afrika yang menyatakan keinginan mereka untuk menyertai majlis ini. Pada masa itu juga penyertaan belum dibuka kepada near-negara Arab. Pandangan Jawatankuasa Pusat bahwa majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa belum boleh dibuka kepada Negara Arab sehinggalah mutu bacaan peserta Negara-negara bukan Arab dapat menyaingi bacaan qari Negara Arab kalaupun tidak melebihi mereka.

1381H

1962M

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini menurun kepada enam buah sahaja. Negara-negara tersebut ialah Brunei, Pakistan, Sarawak, Singapura, Thailand dan tuan rumah Malaya. Dalam majlis ini peserta Malaya, iaitu En.Mhd Yusof bin Abdullah Berjaya menjadi johan. Beliau yang merupakan naib johan peringkat kebangsaan mengalahkan Encik Ismail bin Hashim, johan peringkat kebangsaan di tempat kedua.

1382H

1963M

Filipina dan Indonesia tidak mengambil bahagian kerana berselisih faham mengenai pembentukan Negara Malaysia. Indonesia juga melancarkan konfrontasi dengan Malaysia pada tahun tersebut. Akibatnya Republik Indonesia tidak menghantar peserta hingga tahun 1965. Namun demikian, berkat hubungan baik dan persaudaraan antara rakyat kedua-dua Negara dan adanya alat-alat media elektronik, maka rakyat Indonesia dapat juga mengikuti majlis tilawah dalam tahun-tahun konfrontasi tersebut melalui Radio Malaysia dan kemudiannya siaran Televisyen Malaysia.

1383H

1964M

Buat kali pertama kalinya peserta qariah mengambil bahagian dalam majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa. Negara-negara yang menghantar peserta qariah ialah Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja (Kampuchea), Thailand dan Malaysia. Johan qariah dimenangi oleh Puan Hajah Faridah binti Mat Saman dari Malaysia, naib johan dimenangi oleh Puan Fatimah binti Abdullah dari Thailand dan tempat ketiga ialah Puan Siti Asma’ dari Kemboja. Joahan qari dimenangi oleh peserta dari Malaysia, iaitu Encik Hassan bin Musa.

1383H

1964M

Perubahan telah berlaku bagi penyertaan peserta dari negari Sarawak, Sabah dan Singapura. Buat kali pertamanya dari negeri-negeri tersebut dijemput menyertai majlis tilawah al-Qur’an peringkat kebangsaan selaras dengan pembentukan Malaysia. Sebelum ini negeri-negeri berkenaan telah menyertai mejlis ini di peringkat antarabangsa.

1384H

1965M

Johan dan naib johan dimenangi oleh peserta Malaysia. Encik Ismail bin Hashim dan Encik Saidin bin Abdul Rahman, kedua-duanya dari Malaysia telah mendapat markahtertinggi dan sama jumlahnya.walau bagaimanapun Encik Ismail telah diisytiharkan menjadi johan kerana beliau memperoleh markah lagu dan suara yang lebih tinggi daripada Encik Saidin. Bagaimanapun, peraturan ini kemudiannya dipinda, iaitu jika timbul persamman markah, maka markah tajwid akan dirujukkan untuk pemenang pertama. Pemenang tempat ketiga ialah Encik Wan Hasan Kelopa dari Thailand.

11 OGOS

1966

perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia ditandatangani dan kontrontasi antara Malaysia dengan Indonesia tamat pada tahun 1967. Dengan pemulihan hubungan diplomatic antara dua buah Negara dimulai pada 31 Ogos 1967, maka Indonesia mula menyertai kembali majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa.

1387H

1967M

Mencatat sejarah kerana penyertaan qari dan qariah dalam majlis tilawah al-Qur’an peringkat antarabangsa mengatasi jumlah peserta peringkat kebangsaan. Sebanyak 13 buah Negara menghantar pesertaw yang terdiri daripada 27 orang qari da 10 qariah. Negara-negara tersebut ialah Brunei, Filipina, India, Indonesia, Iran, Kemboja, Pakistan, Malawi, Singapura, Thailand, Turki, Vietnam Selatan dan Malaysia. Somalia tidak sempat menhantar wakilnya, sementara Sudan hanya mengirinkan pemerhati sahaja. Pada tahun itu juga satu pembaharuan telah diadakan, iaitu perbarisan mengarak bendera Negara-negara peserta telah diadakan sebelum istiadat perasmian dilakukan.

1389H

1969M

Negara menyambut ulang tahun kesepuluh majlis tilawah. Di peringkat antarabangsa, Negara-negara yang dijemput mengirimkan peserta ialah Afganistan, Brunei, Burma, Fiji, Filipina, India, Indonesia, Iran, Kemboja, Laos, Maldives, Nigeria, Pakista, Somalia, Singapura, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Turki dan Vietnam Selatan. Sementara itu Hong Kong, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Mali, Magribi, Sudan, Syria, Taiwan, Tunisia dan Jerman Barat telah dijemput menghantar pemerhati mereka.

1390H

1970M

Negara Brunei mengirim dua orang qari dan seorang qariah; Kemboja, dua qari dan seorang qariah; Indonesia, dua qari dan seorang qariah; Singapura, dua qari dan seorang qariah; Thailand juga dua qari dan seorang qariah; India, seorang qari dan aeorang qariah; Iran, seorang qari sahaja; Pakistan, seorang qari; Republik Persekutuan Jerma, seorang qari dan Malaysia, dua orang qari dan seorang qariah.

1392H

1972M

Menarik peserta luar negeri yang paling besar berbanding sebelumnya. Sejumlah 22 negera telah hadir dalam majlis tilawah anatarabangsa ini, anataranya yang baru ialah Yugoslavia dan Bangladesh. Pakistan pula pertama kali menghantar peserta qariahnya. Sementara Negara-negara yang menghantar pemerhati termasuklah Algeria, Magribi dan Qatar.

1395H

1975M

Negara yang mengambil bahagian 12 buah Negara, iaitu seramai 28 peserta termasuk tujuh orang qariah. Pada tahun tersebut Negara-negra yang dijemput masih boleh menghantar dua orang qari dan seorang qariah.

1396H

1976M

Penyertaan dibuka kepada peserta dari negara-negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sebelum ini mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian, cuma hadir sebagai pemerhati.

1397H

1977M

Sebanyak 17 buah negara termasuk Malaysia menyertai majlis tilawah peringkat antarabangsa. Negara-negara berkenaan ialah Afghanistan, Arab Saudi, Bangladesh, Brunei Darussalam, Filipina, India, Indonesia, Iraq, Iran, Jordan, Kuwait, Pakistan, Thailand, Singapura, Sri Lanka, Somalia dan Malaysia.

1398H

1978M

Mesir ( sebelum 1971 dikenali sebagai Republik Arab bersatu) buat pertama kali menyertai majlis tilawah anjuran Malaysia. Mesir yang selama ini menghantar hakim-hakim sahaja, tetapi pada tahun ini telah menghantar seorang qari. Turki yang tidak mengambil bahagian sejak beberapa tahun sebelumnya, pada tahun berkenaan telah menyertai semula dengan menghantar seorang qari. Sebanyak 25 buah negara telah menyertai majlis tilawah pada tahun berkenaan.

1080an

-2000

Penyertaan negara-negara luar semakin bertambah, meliputi negara-negara Asia, Afrika, negara-negara bekas taklukan Soviet Union serta benua Eropah dan Amerika.

Hakcipta © 2013 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

00268466
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
176
425
601
263382
11224
19620
268466

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
8 Julai 2013 | 5:13pm

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)